Connect with us

Jenayah

Mamat Exists direman tiga hari, konsert Exists Reunion tetap diteruskan

Konsert Exists Reunion yang dijadual pada 28 September dan 5 Oktober nanti tetap diteruskan walaupun vokalis asal, Mamat direman polis akibat dadah, kata penganjur.

Jurucakap Shiraz Projects memaklumkan mereka dihubungi peminat bertanyakan status konsert dan setakat hari ini konsert dirancang itu akan berjalan seperti biasa, lapor Kosmo!.

Loading…

“Secara peribadi berita ini amat menyedihkan dan mengejutkan kerana tiada sesiapa dalam produksi yang mahu kejadian seperti ini terjadi menjelang konsert Exists Reunion,” katanya.

Kumpulan Exists Reunion dalam kenyataan menganggap penangkapan Mamat merupakan ujian awal buat mereka.

Advertisement

“Kami di Exists Reunion mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Ini satu ujian awal dan kami berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Jelajah konsert dijadual berlangsung 28 September ini di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor dan 5 Oktober di Singapura.

Mamat, atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 41, direman tiga hari bermula hari ini selepas polis menemui sepaket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 0.42 gram dalam dompetnya di Taman Perling, Johor Baru semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata ujian saringan awal air kencing mendapati Mamat positif dadah jenis Methamphetamine, lapor Bernama.

Kes disiasat mengikut Sesyen 12 (2) A

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel