Connect with us

Mahkamah

‘Najib kenali Jho Low lama dulu sebelum saya kenalinya’

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Low Taek Jho, atau Jho Low, sudah mengenali Najib Razak dan keluarganya, lama sebelum dia mengenali ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

Bekas pegawai khas Najib iaitu Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Jho Low menceritakan tentang persahabatannaya dengan Najib dan keluarga dalam pertemuan pertama mereka di Pulau Pinang pada 2007, sebelum beliau berkhidmat dengan bekas perdana menteri itu.

“Kali pertama saya bertemu Jho Low, beliau menceritakan secara aktif mengenai Najib dan keluarganya.

“Ia menunjukkan bahawa Jho Low telah mengenali Najib sejak sekian lama,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada hari keenam perbicaraan bekas perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan berkaitan 1MDB.Iklan

Advertisement

Bagaimanapun, Amhari Efendi, yang merupakan salah seorang saksi utama pendakwaan bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa dia tidak mempunyai bukti secara bebas untuk menunjukkan bahawa Jho Low mengenali Najib lebih awal dan bergantung kepada apa yang Jho Low memberitahunya.

Muhammad Shafee: Antara kamu dan Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu iaitu allahyarham Datuk Azlin Alias, kamu terlebih dahulu mengenali Jho Low?

Amhari Efendi: Ya.

Mengenai isu lain, saksi kelapan pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sepenuhnya mengenai isu hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) ketika dia dihantar ke Abu Dhabi untuk rundingan pada 2016.

“Secara jujur, Yang Arif, saya tidak faham mengenai skala penuh isu IPIC dan saya hanya menurut arahan, saya tidak mempunyai maklumat penuh mengenai IPIC,” katanya.

Advertisement

Kepada soalan oleh Muhammad Shafee, Amhari Efendi berkata dia tidak mengetahui bahawa dana kekayaan negara Abu Dhabi Mubadala Investment Company telah melabur sebanyak AS$1.2 bilion dalam projek Iskandar Malaysia pada 2018.

“Saya hanya tahu terdapat kta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007, tetapi saya tidak banyak mengetahui tentang projek itu,” katanya sambil menambah bahawa tugasnya pada masa itu ialah mengiringi bosnya ketika, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Effendi Norwawi.

“Saya mengikut bos saya (Mohd Effendi) masuk ke bilik mesyuarat itu, memegang fail-fail tentang apa sahaja perkara yang dibincangkan, dan memastikan jika ada arahan daripadanya,” kata Amhari Efendi.

Sementara itu, Amhari Efendi memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengisytiharkan kepada kerajaan pinjaman AS$200,000 yang diberikan kepadanya oleh Jho Low.

Muhammad Shafee: Adakah anda membayar faedah bagi pinjaman AS$200,000 itu?

Advertisement

Amhari Efendi: Tiada faedah.

Muhammad Shafee: Adakah anda menyedari bahawa ia menjadikesalahan (tidak mengisytiharkan AS$200,000 itu?

Amhari Efendi: Saya tidak menyedari, tahu atau jelas bahawa ia adalah satu kesalahan.

Apabila ditanya oleh Muhammad Shafee bilakah tarikh dia memperoleh AS$200,000 daripada Jho Low, Amhari Efendi menjawab: “Dokumen saya (akaun Maybank) telah dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Shafee: Bolehkah anda mengesannya dari akaun anda dan Amhari Efendi menjawab “Saya akan cuba”.

Advertisement

Semasa prosiding terdahulu, Amhari Efendi memberitahu mahkamah bahawa Jho Low meminjamkan AS$200,000 kepadanya tanpa sebarang perjanjian pinjaman untuk membeli sebuah rumah bernilai RM1.85 juta di Kota Damansara pada 2010.

Saksi juga menafikan bahawa Jho Low telah mencadangkan beliau untuk menjadi pegawai khas kepada Najib, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri (DPM) ketika itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama sama.

Ahli Parlimen Pekan itu diidakwa melakukan keempat-empat kesalahan tersebut di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur anatara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014, dan 21 pertuduhan itu, antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama

Advertisement

Loading…

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel