Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter hari ini.
Memetik Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata demikian dalam satu kenyataan, susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.
“Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, pada malam tadi.
“Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Baca: ‘Patik minta ampun, patik derhaka…’
Hari ini, media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.