Connect with us

Pilihan Editor

Polis terima analisis forensik video UK, Lokman Adam beri keterangan esok

Polis akan memanggil semula ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam esok bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut telah diterima.

“Polis juga menerima satu laporan analisis video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Lokman dan telah dihantar ke Cybersecurity Malaysia untuk diteliti.

“Lokman akan dipanggil semula untuk rakam percakapan lanjut pada 3 Sept 2019 (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Jun lalu, Lokman dipanggil ke Bukit Aman berhubung kes video lucah membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang menteri, selepas dia membuat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi lucah. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel