Connect with us

Pilihan Editor

Tahun 2020, 2030, 2050, tidak dinyatakan tarikh khusus untuk Dr Mahathir lepas jawatan – Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin menjelaskan tiada tarikh khusus yang ditetapkan mengenai peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai penggantinya

Kadir yang juga penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak meletakkan tarikh akhir Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan, seperti dilaporkan Bernama.

Loading…
Datuk A Kadir Jasin

“Ada lima janji yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin PH iaitu Tun M jadi pengerusi PH, Tun M untuk memimpin PH pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, seterusnya Tun M menjadi Perdana Menteri, memohon keampunan untuk Anwar dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada Anwar.

“Namun, persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh.

“Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah tarikhnya,” katanya lagi.

Advertisement

Baru-baru ini Anwar dilapor berkata beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri tahun depan.

Baca: Anwar jangka ganti Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekitar Mei 2020

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang turut mengulas mengenai perkara itu pada Sabtu lalu berkata beliau menyerahkan kepada ketentuan Allah berhubung jangkaan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan pada tahun depan. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel