Connect with us

Terkini

Tindakan sivil bagi dapatkan kembali dana KWAP yang dipinjam SRC – Lim

Kerajaan melalui syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) sedang giat mengambil tindakan sivil untuk mendapatkan semula dana RM4 bilion yang dipinjam SRC daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk memperoleh semula seberapa banyak daripada RM4 bilion dana tersebut.

Loading…

“Kerajaan melalui SRC sedang giat mengambil tindakan sivil untuk tujuan tersebut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjejak wang berkenaan, selain bekerjasama dengan penasihat undang-undang untuk menentukan tindakan sivil yang boleh diambil bagi mendapatkan kembali aset SRC.

“Segala dana yang dapat dikembalikan kepada SRC dalam usaha di atas akan digunakan untuk membayar balik pinjaman KWAP,” katanya.Iklan

Advertisement

Menurut Lim, langkah-langkah untuk mengembalikan wang itu tidak termasuk sebahagian dana SRC berjumlah RM42 juta yang didakwa telah diselewengkan dari SRC, merupakan perkara subjek tujuh pertuduhan jenayah yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Lim berkata langkah ini akan mengurangkan beban kerajaan untuk membayar balik pinjaman tersebut bagi pihak SRC, dan menambah peruntukan untuk pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat.

SRC ialah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ia diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012, dan beban kewangannya (SRC) kini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

Daripada dana RM4 bilion yang dipinjam, sebanyak RM3.6 bilion (AS$1.1 bilion) dipindahkan melalui beberapa anak syarikat luar pesisir kepada beberapa entiti dan bank di luar Malaysia, termasuk BSI Bank di Switzerland (lebih AS$800 juta), Bank Julius Baer & Co Ltd di Hong Kong (AS$250 juta) dan sebuah syarikat eksplorasi arang batu di Mongolia (AS$ 60 juta). – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel