Connect with us

Terkini

‘Ya Allah, sembuhkanlah Nishka’ – Bayi 4 bulan derita kanser otak 21 hari selepas dilahirkan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu dihadapi pasangan suami isteri apabila bayi perempuan mereka yang berusia empat bulan disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan.

Bayi berkenaan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains (HUSM), Kubang Kerian.

Loading…

Ibunya, Khairiah Kamarudin, 35, berkata, luluh hatinya sebaik pakar perubatan memaklumkan bayinya yang masih kecil menghidap kanser otak tahap empat.

Katanya, anaknya ditempatkan di hospital dan menjalani pembedahan pertama di kepala ketika berusia 24 hari dan selepas pembedahan itu penglihatan bayinya terjejas.

“Sedih mengenangkan nasib anak bongsu daripada lima beradik ini yang perlu menanggung sakit dan derita walaupun masih bayi. Lebih memilukan apabila anak juga tidak boleh mengeluarkan suara dan hanya mampu mengerlipkan mata.

Advertisement

“Nishka juga turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu yang menyebabkan keadaannya tidak aktif dan perlu menggunakan bantuan untuk pernafasan (intubated veltilation) di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sejak disahkan menghidap kanser otak, anak saya sudah menjalani pembedahan sebanyak empat kali termasuk dua di kepala serta dua di dada. Pada masa yang sama, bayi saya juga menjalani rawatan kemoterapi sebanyak dua kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Bandar, Pulai Chondong dekat Machang berkata, amat menyedihkan apabila dia melihat anak kecilnya itu perlu menanggung penderitaan dan menjalani pelbagai rawatan.

Menurutnya, walaupun tidak sanggup melihat segala rawatan untuk anaknya, namun sebagai ibu dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, mahu melihat bayi mereka kembali sihat dan pulih.

Katanya, pada masa ini dia dan suami perlu memberi fokus kepada Nishka yang memerlukan sokongan dan perhatian.

“Saya bersyukur kerana empat anak yang lain dijaga oleh nenek mereka iaitu dua di Pasir Mas di rumah ibu saya dan dua lagi di Bukit Marak rumah ibu mentua. Kami terpaksa meletakkan anak-anak di bawah jagaan nenek mereka kerana saya dan suami sepenuhnya berada di hospital untuk menjaga anak bongsu.

“Setiap hari, saya akan bergerak ke tempat kerja dari hospital dan sebaik pulang saya akan datang untuk melihat Nishka,” katanya.

Advertisement

Khairiah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya itu menghidap penyakit kronik memandangkan ketika mengandung dia tidak mempunyai sebatang masalah sehingga proses melahirkan secara normal di HUSM.

“Saya anggap ini sebagai ujian kepada kami dan reda dengan ketentuan Allah. Kami minta masyarakat mendoakan supaya Nishka segera sembuh dan dapat keluar daripada hospital,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel