Bekas CEO 1MDB terima bonus 18 bulan gaji berjumlah RM1.4j pada 2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu oleh bekas CEO 1MDB bahawa beliau menerima bonus 18 bulan gaji pada tahun 2012, semasa menerima gaji RM80,000 sebulan.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata beliau juga menerima bayaran sebagai anggota lembaga pengarah, elaun yang sama seperti lain-lain anggota lembaga, yang berjumlah RM179,000 setahun dan RM1,500 setiap mesyuarat.

Loading…

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram pada hari ke-16 perbicaraan berkaitan 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sri Ram: Adakah yang dituduh menyuarakan sebarang rasa puas hati dengan kerja-kerja anda?Iklan

Advertisement

Shahrol Azral: Oh ya.

Sri Ram: Boleh berikan contoh insiden di mana dia menyuarakannya?

Shahrol Azral: Pada 2011 atau 2012, saya terima panggilan di pejabat saya daripada setiausaha sulit perdana menteri ketika itu, yang memberitahu perdana menteri hendak bercakap.

“Ketika itu Najib ingin tahu mengenai status projek-projek tanggungjawab sosial korporat yang sedang kami laksanakan untuk Yayasan 1MDB.

“Saya sangat teruja dan saya ingat lagi semasa perbualan itu saya dengan sopan memotong cakap Najib beberapa kali semasa dia bertanyakan soalan, kerana saya tahu apa yang ditanya, saya ada jawapannya dan saya sangat gembira bercakap secara terus dengannya,” katanya.

Advertisement

Sri Ram: Kenapa anda gembira?

Shahrol Azral: Dia perdana menteri, bukan selalu anda dapat peluang untuk bercakap dengan perdana menteri.

“Beberapa hari kemudian, Jho Low beritahu saya dia (Jho Low) bercakap dengan Najib yang memberitahu berkenaan perbualan itu, dan dia (Jho Low) beritahu saya ‘bos sangat gembira, dan nampak Shahrol mengawal semuanya dengan baik’.”

Semasa ditanya sama ada beliau mendapat sebarang ganjaran berbentuk wang kemudiannya, saksi itu berkata beliau mendapat bonus bagi tahun 2012.

Sri Ram: Bonus berapa bulan?

Advertisement

Shahrol Azral: Bonus 18 bulan. Ketika itu gaji saya sekitar RM80,000.

Saksi itu turut berkata beliau menerima RM80,000 sebulan semasa beliau mula bertugas dengan Terengganu Investment Authority Berhad, sebelum ia bertukar kepada 1MDB.

“Di 1MDB, saya terima kenaikan gaji setiap tahun. Gaji terakhir saya adalah RM99,000 sebulan,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Anggota parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

2 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago