Connect with us

Jenayah

Bapa durjana dipenjara 40 tahun, 24 sebatan

Perbuatan keji seorang pemandu lori yang melakukan sumbang mahram, seks luar tabii dan merakam video pornografi terhadap anaknya yang berusia 11 tahun, terbalas apabila dihukum penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut setelah lelaki berusia 41 tahun itu mengaku bersalah melakukan empat kesalahan ke atas anak sulungnya.

Loading…

Ketika penghakiman Nooriah berkata walaupun lelaki itu mengaku bersalah sejak hari pertama dituduh namun perbuatan tertuduh amat terkutuk di sisi agama apatah lagi kanak-kanak tersebut adalah orang kurang upaya (OKU) kategori lemah pembelajaran.

Katanya, tertuduh sepatutnya menjadi contoh yang baik dan mendidik anaknya itu tetapi mengambil kesempatan atas ketidakupayaannya dan perbuatan itu akan meninggalkan trauma yang berpanjangan kepada mangsa.

Advertisement

Menurut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, kejadian tidak bermoral lelaki itu disedari isteri tertuduh selepas terlihat video berdurasi 5.09 minit yang memaparkan kelakuan tertuduh sedang melakukan hubungan seks dengan anaknya.

Mangsa yang disoal ibunya, kemudian memberitahu bahawa telah dipaksa melakukan perbuatan terlarang itu sejak berusia enam tahun lagi.

Bagi pertuduhan pertama iaitu melakukan persetubuhan dengan mangsa, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang membabitkan kesalahan yang sama juga dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan.

Nooriah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap 22 September lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii, tertuduh diperintah dipenjara selama 12 tahun dan dua sebatan manakala kesalahan melakukan video pornografi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan. Hukuman tersebut diperintah berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan polis selama setahun.

Tertuduh yang kelihatan tenang di kandang tertuduh, didakwa melakukan kesalahan itu antara 20 dan 21 September lepas, pukul 11 hingga 5 pagi di sebuah rumah di sekitar Marang, di sini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel