Connect with us

Mahkamah

Bekas CEO 1MDB terima gaji RM99,000 sebulan

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa gaji terakhir beliau di syarikat itu adalah RM99,000 sebulan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung pendapatan diperolehnya bermula dengan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), lapor Harian Metro.

SRI RAM: Berapa pendapatan kamu ketika berada di TIA.

SHAHROL: RM80,000 sebulan.

Advertisement

SRI RAM: Bagaimana ketika berada di 1MDB?

SHAHROL: RM99,000 sebulan. Itu adalah gaji terakhir saya kerana saya menerima kenaikan setiap tahun.

SRI RAM: Kamu ada menerima elaun lain ketika berada di 1MDB?

SHAHROL: Saya menerima elaun sebagai ahli lembaga pengarah sama seperti yang lain iaitu RM179,000 setahun dan RM1,500 untuk setiap mesyuarat.

SRI RAM: Ada tertuduh (Najib) menzahirkan kelulusan bagi kerja anda?

Advertisement

SHAHROL: Oh ya.

SRI RAM: Boleh beri contoh?

SHAHROL: Saya tidak ingat sama ada 2011 atau 2012, saya menerima panggilan telefon di pejabat saya yang memaklumkan bahawa Perdana Menteri berada dalam talian. Ketika itu Najib mahu bertanya berhubung projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan ketika itu untuk Yayasan 1MDB. Saya sangat gembira sehingga beberapa kali memotong percakapan beliau ketika beliau bertanya soalan kerana saya tahu perkara yang ditanya itu. Saya sangat gembira dapat bercakap dengan beliau secara langsung.

SRI RAM: Kenapa kamu gembira?

SHAHROL: Beliau adalah Perdana Menteri. Bukan setiap hari boleh bercakap dengan Perdana Menteri. Beberapa hari kemudian, Jho Low (Low Taek Jho) ada beritahu saya bahawa beliau ada bercakap dengan Najib. Menurutnya Najib memaklumkan kepadanya berhubung panggilan itu dan dia beritahu boss was pleased and Shahrol seems to be on top of things.

Advertisement

SRI RAM: Selepas itu ada kamu terima sebarang ganjaran kewangan?

SHAHROL: Ya saya dapat bonus pada 2012.

SRI RAM: Berapa bulan?

SHAHROL: 18 bulan.

Prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel