Connect with us

Pilihan Editor

GST: ‘Masing-masing terpaksa jilat ludah sendiri’ – Ahmad Maslan

“Saya gembira sungguh kerana akhirnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik,” kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Parlimen Pontian itu mengakui Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat terutama daripada pembangkang ketika GST diperkenalkan.

“Kebenaran yang saya perkatakan mengenai GST akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kajian semula dilakukan terhadap GST.

“Masing-masing terpaksa menjilat ludah sendiri. Ada banyak kemaafan dipohon dan saya dengan bermurah hati memaafkan. Saya tahu fakta saya diputar belit sehingga rakyat tidak mendapat penjelasan sebaiknya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Burasak Abah Pekan Nanas di sini hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyatakan komitmen untuk membantu jentera pilihan raya BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, lokasi Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Pontian hanya bersebelahan dan tidak sukar untuk beliau membantu gerak kerja pilihan raya.

“Parlimen lain yang berjiran dengan Parlimen Pontian seperti Simpang Renggam, Batu Pahat, Kulai dan Iskandar Puteri milik Pakatan Harapan.

“Besar harapan saya jika kerusi Tanjung Piai pada PRK kali ini dimenangi calon BN. Dapatlah saya berkawan di Dewan Rakyat nanti,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel