Connect with us

Pilihan Editor

Jho Low dapat suaka, kini menetap di UAE

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Menurut laporan sebuah portal berita, beliau dilaporkan mendapat suaka itu atas alasan berdepan ‘pendakwaan politik’ dan atas sebab hak asasi manusia.

Loading…

Jurucakap Jho Low mengesahkan, ahli perniagaan itu kini berada di UAE dan bergerak antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Katanya, anak jati Pulau Pinang itu turut menghabiskan masa di Kuwait, Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain di mana beliau dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja di sana, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Portal berkenaan turut memetik akhbar Singapuran Straits Times dan sumber lain berkata, Jho Low diberikan suaka pada Ogos lalu bawah Pengisytiharan Universal Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Eropah berkaitan Hak Asasi Manusia.

Beliau dilaporkan ditawarkan suaka susulan tindakan Kerajaan Malaysia yang didakwa melakukan tindakan politik dan melanggar hak asasi manusia terhadapnya.

Sumber berkata, Jho Low kini dilindungi undang-undang antarabangsa seperti diperoleh penceramah bebas, Dr Zakir Naik atas alasan mengelakkan mereka mendapat pertuduhan tidak adil di negara asal.

Jho Low dikehendaki di beberapa negara susulan peranannya dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebelum ini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) disalahgunakan daripada 1MDB.

Advertisement

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Pada September lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low dipercayai berada di sebuah negara selepas ada pihak tertentu dipercayai melindungi ahli perniagaan itu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel