LTTE: Exco Melaka, Adun DAP ditahan polis

0
427

Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua wakil rakyat DAP bagi siasatan berkaitan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Kedua-dua wakil rakyat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, lapor MalaysiaGazette.


Loading…

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengesahkan penahanan mereka, menurut laporan FMT.

Kedua-dua wakil rakyat itu ditahan oleh pegawai Bukit Aman pagi ini bersama pemimpin NGO India dari Perak.

Saminathan dikatakan ditahan di pejabat Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

Difahamkan, mereka sedang disiasat kerana hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) – kumpulan pemisah yang terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...