Connect with us

Jenayah

Menteri Sarawak seru kumpulan tidak hormat ‘Negaraku’ bertaubat

Rakyat di negeri ini diseru supaya menghormati lagu Negaraku dan tidak terikut dengan perbuatan ‘sengaja’ enggan berdiri seperti mana rakaman video tular di satu majlis yang diadakan di sini.

Malah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perbuatan sedemikian harus ditolak.

Loading…

“Kalau tidak senang dengan kerajaan bukan dengan cara tidak menghormati bendera dan lagu kebangsaan kita.Pemimpin kita (Sarawak) dahulu telah setuju menubuhkan Malaysia pada 1963, tiada bendera Malaysia dan lagu Negaraku sebelum 1963, maknanya pada 1963 kita sebahagian daripada bendera dan lagu kebangsaan negara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan penyerahan Anugerah Emas yang dimenangi Lembaga Pelancongan Sarawak di Anugerah Pasific Asia Travel Association (PATA) 2019, Kazakhtan, 19 September lepas bagi kategori Media Pemasaran-Video Perjalanan.

Advertisement

Beliau mengulas video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu dipercayai ahli atau penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S) yang hanya duduk ketika Lagu Kebangsaan berkumandang pada satu majlis di sini, baharu-baharu ini.

Ini didakwa dilakukan kumpulan individu terbabit sebagai menunjukkan bantahan mereka kepada kerajaan berkaitan kemelut isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri ini.

Abdul Karim berkata kumpulan indvidu terbabit tidak boleh menjadikan rasa kurang senang mereka dengan kerajaan sebagai alasan untuk melakukan perbuatan itu kerana lagu kebangsaan adalah perkara berlainan yang tidak boleh dipolitikkan.

“Harapan saya mereka ( kumpulan individu) ini bertaubatlah dan mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menunjukkan mereka tidak menghormati lagu kebangsaan kita,”katanya yang menyifatkan perbuatan itu sebagai amat bertentangan budaya rakyat negeri ini yang amat menghormati lagu kebangsaan.

Beliau juga secara peribadi merasakan hukuman lebih berat termasuk penjara bertahun perlu dikenakan kepada kumpulan individu itu dibawah Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan bukan sekadar denda RM100. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel