Connect with us

Terkini

Penganggur ditahan menyamar doktor pelatih Hospital Kemaman

Seorang pemuda berusia 27 tahun ditahan polis selepas disyaki menyamar sebagai pelajar perubatan di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan, berkata suspek didapati ke hospital berkenaan kira-kira 10 pagi semalam dan mengaku sebagai pelajar perubatan daripada sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Loading…

“Semasa sedang menjalankan latihan perubatan, suspek yang turut memalsukan usianya kepada 21 tahun telah gagal menjawab soalan-soalan mudah berkaitan bidang perubatan yang diajukan oleh seorang doktor di hospital terbabit.

“Doktor tersebut kemudiannya telah membuat semakan di bahagian pentadbiran dan mendapati suspek telah menyamar,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.Iklan

Advertisement

Menurut Hanyan, suspek kemudiannya berjaya ditahan polis dengan bantuan pihak pengurusan hospital pada 4 petang, semalam.

Hanyan berkata, suspek yang juga penganggur disyaki memalsukan surat dan tandatangan yang dimuat turun daripada laman sesawang sebuah universiti dan membuat penyamaran sebanyak dua kali termasuk pada 2 Februari lepas, selama dua minggu di hospital yang sama.

Difahamkan suspek hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dan pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Fisioterapi di sebuah kolej swasta selama sebulan sebelum berhenti kerana menghadapi masalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel