Connect with us

Pilihan Editor

PM: ‘Rakyat gembira, hampir semua dapat sesuatu’

Beliau berkata, Belanjawan 2020 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara.

Katanya, walaupun kerajaan masih berdepan masalah untuk membayar hutang, tetapi prestasi ekonomi dapat dipertingkatkan.

“Ramai berpendapat kerajaan Pakatan Harapan tidak berpengalaman dan tidak mungkin mentadbir kerajaan dengan baik.

“Tetapi seperti yang dibentangkan, peruntukan tambahan sudah diberikan kepada semua pihak, ini menunjukkan kedudukan kewangan negara masih kukuh dan tiada hutang tidak berbayar (NPL),” katanya pada sidang media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini, lapor Harian Metro.

Advertisement

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim.

Dr Mahathir berkata, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak juga lebih besar berbanding Semenanjung.

Mengenai pengambilalihan konsesi tol, Dr Mahathir berkata, perkara itu akan diperincikan kemudian tetapi kerajaan sudah mengenalpasti kawasannya yang membabitkan bandar dan luar bandar.

Mengenai pemberian diskaun tol 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS, Perdana Menteri berkata, ia masih belum diputuskan sama ada akan dilaksanakan tahun depan tetapi yang pasti ada penurunan kadar tol sehingga 18 peratus.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel