Connect with us

Jenayah

Polis temui kepala milik dua beranak dikerat lapan atas siling

BAHAGIAN kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya dikerat lapan, Khamis lalu, ditemukan disorok di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.

Menurut sumber, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui sepasukan polis di rumah mangsa di kira-kira 8 malam, Jumaat lalu.

Loading…

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Advertisement

Semalam, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim tidak dapat mendedahkan penemuan anggota badan terbaharu iaitu kepala mangsa yang dikhuatiri mengganggu siasatan.

Beliau sebaliknya memberitahu, usaha pencarian bahagian pergelangan tangan juga masih dilakukan setelah difahamkan bahagian itu dibuang ke dalam tong sampah.

“Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain.

“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama,” katanya.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan mayat dua beranak mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, pada 4 petang.

Advertisement

Wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan dan kawasan semak sebelum ditemukan pemotong rumput yang sedang bekerja di kawasan itu.

Susulan itu, Sabtu lalu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu. – Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel