Connect with us

Berita Lain

SPRM tahan Nasharudin, akan dakwa esok

BEKAS Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Nasharudin akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 selain pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan (KK), lapor Harian Metro.

Loading…

“SPRM menahan Nasharudin 2 petang tadi selepas hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi melengkapkan proses siasatan akhir.

“Susulan penahanan itu, SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduhnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, 9 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Menurut kenyataan itu lagi, Nasharudin bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM petang tadi dan maklumat berkaitan kesnya akan dimaklumkan esok ketika pertuduhan dibacakan.

Sebelum ini, Nasharudin pernah beberapa kali dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan bahawa PAS menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Nasharudin, beberapa pemimpin PAS lain turut pernah dipanggil SPRM bagi direkodkan keterangan terhadap siasatan yang sama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel