Connect with us

Pilihan Editor

Syed Saddiq anggap pengurusan foodpanda angkuh

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia (foodpanda) sebagai angkuh apabila menyatakan tiada masalah jika penunggangnya melancarkan mogok terhadap skim pembayaran baharu.

Syed Saddiq berkata sebagai syarikat korporat yang dibangunkan oleh pekerja dan pengguna foodpanda juga boleh dijatuhkan oleh mereka.

Loading…

“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,” katanya menerusi satu ciapan Twitternya, malam tadi.

Advertisement

Pengarah Urusan syarikat, Sayantan Das, dalam taklimatnya memaklumkan, syarikat itu tidak berdepan masalah jika penghantar makanan mahu mogok kerana tidak berpuas hati dengan skim bayaran terbaru yang diperkenalkan.

“Jika anda (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar syif anda kepada penghantar lain kerana anda menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat foodpanda sebelum ini.

Dalam skim baru bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Tindakan itu memberi kesan kepada penghantar makanan yang sebelum ini menerima bayaran RM4 sejam selain mendapat bayaran tambahan jika menghantar pesanan kepada pelanggan.

Terdahulu, pada sesi dialog yang diadakan di kediaman Syed Saddiq lebih 100 penghantar makanan foodpanda terdiri daripada wakil penghantar di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang hadir rata-rata meluahkan keluh-kesah berhubung tindakan foodpanda memperkenalkan skim pembayaran baharu yang dianggap sebagai tidak adil terhadap mereka. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel