Connect with us

Berita Lain

UM ada hak tahan, tarik balik ijazah penuntut langgar peraturan

Universiti Malaya (UM) berhak mengambil tindakan yang sesuai termasuk menahan atau menarik balik ijazah graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ini kerana Senat universiti yang mempunyai kuasa mutlak untuk melulus atau tidak penganugerahan ijazah kepada penuntut.

Loading…

Katanya, penganugerahan ijazah itu adalah kuasa mutlak Senat yang mana mereka mengambil semua pertimbangan termasuk hal berkaitan pematuhan peraturan universiti.

“Tiap-tiap penuntut memang mempunyai hak mereka tetapi universiti juga ada hak termasuk dalam soal penganugerahan ijazah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas membincangkan isu kontrak sosial di ibu pejabat MPN di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Advertisement

Beliau berkata demikian mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) yang melancarkan petisyen di media sosial bagi menuntut UM menarik balik ijazah pertama milik Wong Yan Ke kerana pembuatannya yang dianggap biadap pada majlis istiadat konvensyen universiti itu.

Malah, difahamkan hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda milik graduan itu.

Raduan turut menyifatkan tindakan graduan terbabit tidak wajar kerana mencemarkan acara rasmi universiti awam selain bertentangan dengan kesopanan dan kesusilaan masyarakat.

“Tiap-tiap orang ada hak masing-masing. Pihak pelajar merasa mereka ada hak untuk melakukan dan pihak universiti pun ada hak mereka,” tegasnya.

Walaupun masyarakat Malaysia diberi hak kebebasan bersuara dan menzahirkan perasaan, mereka masih perlu patuh dengan undang-undang dan peraturan.

“Sesiapa saja walaupun mereka rasa mempunyai hak untuk menzahirkan kebebasan bersuara, meluahkan perasaan tapi semuanya ada had dan bukan mutlak.

Advertisement

“Begitu juga dalam majlis rasmi, kita adalah tertakluk (kepada peraturan), sebab masyarakat ini dikawal oleh adat yang bertulis dan tak bertulis,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel