Connect with us

Terkini

Umno beralah, perhimpunan agung tunda ke Disember

Perhimpunan Agung Umno 2019 (PAU 2019) yang dijadualkan pada 13 hingga 16 November ini ditunda kepada 4 hingga 7 Disember ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu disepakati oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat semalam susulan tarikh yang dijadualkan sebelum ini bertindih dengan hari pengundian PRK berkenaan pada 16 November.

Loading…

“Kami akan menentukan bahawa seluruh jentera Umno dan BN (Barisan Nasional) ditumpukan di Tanjung Piai,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa lepas turut mengumumkan tarikh penamaan calon PRK itu ditetapkan 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November.

Advertisement

PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas berikutan komplikasi jantung.         

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Dr Md Farid, seorang pakar bius, mewakili Pakatan Harapan-Bersatu memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan  Nordin Othman (PAS). Wee  memperoleh 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi BN, berkata BN telah memutuskan untuk bertanding pada PRK berkenaan namun pengumuman calon yang mewakili parti itu hanya akan dibuat setelah semua kajian perundingan bersama parti komponen dimuktamadkan.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan Umno akan menghantar wakil ke Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad ini, selepas menerima jemputan rasmi daripada penganjur kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat menghadiri kongres itu disebabkan kekangan tertentu dan akan menghantar wakil yang diketuai Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin parti. — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel