Usaha membina Kerajaan Baru tanpa Amanah dan DAP boleh dicuba?

0
1021

Ketika pemberita menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media forum Yayasan Sejahtera 2019 sempena hari antarabangsa pembasmian kemiskinan di Kuala Lumpur hari ini, beliau telah ditanya mengenai isu pembentukan kerajaan baru tanpa Amanah dan DAP.

Beliau menjelaskan bahawa mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan baru dengan mengetepikan Amanah dan DAP bolehlah mencuba untuk melaksanakan gerakan tersebut.


Loading…

“Mereka boleh cuba”, katanya ringkas ketika di soal mengenai isu berkenaan.

Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein, bertanggungjawab untuk menggerakkan usaha tersebut dalam membentuk kerajaan baru dakwa PH pada semalam.

Menurut kenyataan  yang dikeluarkan oleh PH, mereka membayangkan gerakan mencadangkan idea itu dilakukan Hishammuddin bersama beberapa pihak lain agar ia dapat dilaksanakan.

Hishammuddin dalam penulisan dan wawancaranya memberi isyarat yang cenderung untuk kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

“Ini adalah amalan politik usang yang bercanggah sama sekali dengan politik inklusif yang dipelopori PH,” kata kenyataan itu.

Ia ditandatangani Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Ketika di Dewan Rakyat, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, turut berucap membuat kenyataan mengenai usaha pihak tertentu dengan menyentuh pembabitan Hishamuddin.

Ketika ditanya adakah beliau pernah berjumpa dengan Hishamuddin yang juga merupakan anggota parlimen Sembrong bagi mengadakan perbincangan berkenaan perkara tersebut, beliau memberitahu bahawa beliau tidak pernah berjumpa.

“Tiada, tidak pernah jumpa”, katanya.

Hishammuddin hari ini berkata dakwaan itu tidak masuk akal ketika menjawab soalan pemberita yang menyoalnya ketika berada di lobi parlimen.

Untuk rekod, pada 1 Ogos lalu, Dr Mahathir mengesahkan beberapa pemimpin pembangkang dari Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ada bertemu beliau.

Bagaimanapun, Hishammuddin menegaskan perjumpaan tersebut hanya bertujuan untuk memikirkan masa hadapan negara dan rakyat terutama dalam usaha pengukuhan ekonomi dan perpaduan. – Online News

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...