Categories: Terkini

Aset RM9,000 yang saya miliki itu adalah hanya sebuah motosikal – Mohamaddin Ketapi

“Memang benar, harta saya hanyalah sebuah motosikal bernilai RM9,388,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau mengesahkan sudah mengisytiharkan aset itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading…

Katanya, motosikal itu memang didaftarkan atas namanya.

“Saya tak suka ada kereta. Saya tak menipu. Gaji saya hanyalah kira-kira RM14,000.

Advertisement

“Pada umur saya ini, saya hanya mahu simpan duit dan tidak mahu membeli sebarang harta sebab akan memeningkan kepala dan saya tidak mahu memikirkan mengenainya,” katanya selepas menghadiri majlis penerimaan pesawat terbaru A321neo milik AirAsia di Sepang, hari ini seperti dilapor Harian Metro.

Sebelum ini, beliau adalah satu-satunya menteri yang tidak mengisytiharkan aset kepada SPRM dengan alasan benar-benar tiada harta di bawah namanya.

Beliau mengulas laporan portal berita, hari ini, bahawa Disember tahun lalu, Mohamaddin tidak mengisytiharkan sebarang aset kepada SPRM.

Namun, semakan terkini mendapati beliau mengisytiharkan asetnya bernilai RM9,388.

Mohamaddin mendakwa tidak memiliki wang yang banyak untuk membeli sebarang harta.

Advertisement

“Saya hanya simpan duit, apabila saya meninggal dunia boleh diserahkan kepada isteri dan anak saya.

“Serius sangatkah aset RM9,000 itu? Saya tunaikan tanggungjawab dengan membayar cukai kepada kerajaan dan negara. Kalau tidak bayar cukai, itu jadi perkara serius,” katanya.

Diminta mengesahkan sama ada beliau memang benar-benar tidak memiliki kereta, rumah atau hartanah beliau mengakui rumah milik isterinya.

“Tidak. Rumah? Saya tiada, semua milik isteri saya. Di bawah nama dia.

“Saya tidak mempunyai kereta, saya ada pemandu disediakan kerajaan. Saya tidak memandu sendiri. Jalan di Kuala Lumpur pun saya tidak tahu, kenapa saya perlu memandu?,” katanya

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

12 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

16 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

21 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago