Connect with us

Terkini

Anak raih 5A UPSR, tauke restoran selamba bagi jambangan duit RM10,000

Seorang pelajar tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini menerima kejutan berupa hadiah jambangan bunga daripada kedua-kedua ibu bapanya. Jambangan bunga itu digubah daripada wang kertas RM50 yang keseluruhannya bernilai RM10,000.

Menurut wanita yang membuat gubahan bunga tersebut, ia ditempah oleh pemilik kedai makan dan isterinya demi menghargai kejayaan anaknya yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

“Tahniah adik Muhammad Danish Haziq bin Ihsan Fahmi. Semoga terus menjadi anak yang membanggakan ibu bapa,” tulis Una Rusyana di Facebook.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Rata-rata mereka memberikan ucapan tahniah kepada pelajar tersebut di atas kejayaannya meraih kecemerlangan dalam peperiksaan sekaligus membanggakan kedua-dua ibu bapa.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel