Connect with us

Pilihan Editor

Aziz Bari nafi terlibat klip video rancang singkirkan MB Perak

Saya tak tahu, saya tak tengok. Saya tak ada masa nak tengok, itu penjelasan Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Dr Abdul Aziz Bari berhubung isu video tular yang dikaitkan dengannya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima beberapa video tetapi hanya video dari sumber rasmi sahaja akan dilihat.

Loading…

Menurutnya, jika video yang dimaksudkan berkaitan isu untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ia sudah pun dijawab sebelum ini dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu berikutan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan berlangsung esok, seperti dilapor Sinar Harian.

“Video-video yang dibuat oleh orang-orang tak rasmi, yang tak tahu siapa buat ini saya tak dengar pun. Jadi jangan tanya pasal ini. Cuma seingat saya benda ini dah lama Disember tahun lepas atau awal tahun ini. Jadi benda ini bukan barulah tapi benda yang dah diulas dan saya fikir tak perlu ulas lagi.

Advertisement

“Jadi saya berasa hairan setiap kali sidang DUN ada sahaja isu seperti ini timbul dan seolah-olah nak memprovok kami terutama DAP untuk melatah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada perasmian Expo Antarabangsa Perak (PIEX) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penularan video yang dimuat naik ke dalam Facebook memperlihatkan perbincangan seorang individu dipercayai bersama beberapa individu lain mengenai usaha untuk menjatuhkan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, terdapat gerakan tertentu yang digerakkan setiap kali sidang DUN untuk menimbulkan isu seperti rampasan kuasa, menjatuhkan menteri besar dan sebagainya.

Katanya, isu berkaitan usaha untuk menjatuhkan menteri besar merupakan isu lama dan tidak berlaku pun perkara itu tetapi sengaja dimainkan semula.

Malah menurutnya, ketika isu ini hangat diperkatakan, pihaknya pernah mengemukakan permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal melalui Pejabat Menteri Besar Perak seterusnya mengadakan sidang media bersama tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.

Advertisement

“Tak berlaku pun undi tidak percaya ke apa, orang kena culik ke, tak ada. Isu berkaitan menteri besar ini dah dalam dah, kenapa dimainkan lagi, nak menjatuhkan macam mana? Semua (usaha menjatuhkan menteri besar) tak berlaku, video ke, rakaman ke, kalau benda tak berlaku nak diputar belit buat apa lagi.

“Saya tak peduli pun benda ini. Apa yang penting kerajaan masih wujud dalam satu gabungan. Soal menteri besar ini keputusan pimpinan pusat. Apa lagi nak disibukkan lagi ni?,” katanya lagi.

Memetik portal FMT, dalam video lima minit yang dimuatnaik di YouTube oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Aziz didengar merujuk kepada seorang lelaki PPBM yang bergelar “Haji”, yang memberitahunya mereka mahu menggantikan Faizal.

“Dia cadangkan saya (sebagai menteri besar baru), saya kata ‘okaylah’. Lepas jumpa ada orang yang cukup ini, akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak),” kata Aziz yang berdepan seseorang yang tidak dikenali.

Beliau juga mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.

Advertisement

Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.

Aziz juga berkata rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.

“Dia ini jenis macam anak raja tahu atau tidak. Mereka bukan pejuang jalanan, saya tidak katakan saya pejuang jalanan, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih baik daripada mereka,” katanya.

Mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Istana Perak, Aziz berkata seseorang bernama Annuar Zaini memberitahunya bahawa beliau disukai Sultan Perak.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel