Connect with us

Pilihan Editor

‘Dr Mahathir pesan jangan bimbang, tekanan darahnya bagus’

Selepas tular video Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengalami hidung berdarah ketika sidang media, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tengah hari ini telah berkongsi gambar swafotonya sedang tersenyum bersama Tun Mahathir di Putrajaya.

Loading…

Guan Eng yang Setiausaha agung DAP itu berkata Tun Mahathir meminta agar semua pihak tidak bimbang dengan kesihatannya dan beliau mahu terus bekerja.

“Berjumpa dengan Dr Mahathir tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara.

“Tun sebut beliau sihat dan mahu terus bekerja di pejabatnya. Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70,” tulis Guan Eng lagi.

Advertisement

Perdana Menteri pada pagi tadi dikatakan telah mengalami pendarahan di hidung semasa sesi sidang akhbar bersama Menteri Industri Utama Teresa Kok di Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri kemudian mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa

PMO menafikan laporan berita yang mendakwa bahawa Tun Mahathir telah bergegas ke hospital sebaliknya pemimpin berusia 94 tahun itu tidak mengalami masalah kesihatan serius.

“Beliau (Dr Mahathir) bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan dia bergegas untuk mendapatkan rawatan tidak benar,” kata kenyataan itu. – Malaysian update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel