Connect with us

Terkini

Kerajaan PH tidak pernah campuri urusan mahkamah – Azmin

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada prinsip peraturan undang-undang di mana pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan serta persidangan mahkamah.

Oleh itu tidak tidak timbul soal ada pihak kerajaan campurtangan dalam kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading…

Ketika menegaskan hal itu, beliau berkata keputusan mahkamah haruslah dihormati semua pihak dan sesiapa pun yang dipanggil untuk membela diri, masih memiliki ruang kerana ia adalah proses yang mesti dilalui semua pihak.

“Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah mahkamah yang menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir campur tangan dalam kes membabitkan Najib.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel