Connect with us

Terkini

‘Letak dadih 25 bekas dapat 8 ringgit je, itu pun ada seringgit duit koyak…’

Seorang penuntut universiti terkejut apabila melihat dadih yang dijualnya di kampus universiti diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tanpa membayar dengan wang yang sepatutnya.

Menurut Nurul Nazirah, dia berniaga dadih secara sambilan bagi mendapatkan wang tambahan untuk menyara kehidupannya di universiti.

Loading…

Apa yang lebih mengecewakan, Nurul Nazira berkata kejadian itu berlaku di sebuah universiti yang terkenal dengan imej Islam.

“Letak dadih 25 bekas dapat RM8 je. Itu pun seringgit (RM1) duit koyak. Kata universiti Islam,” demikian tweet Nurul Nazira di Twitter miliknya.

Advertisement

Walapun berdepan dengan kerugian, ia tidak mematahkan semangat Nurul Nazira untuk terus berniaga dan mencari rezeki yang halal.

“Terharunya dengan semua orang. Tak jadi nak give up meniaga,” katanya.

Sementara itu, netizen mengecam perbuatan tersebut lebih-lebih lagi ianya berlaku di sebuah universti yang mana rata-rata penghuninya terdiri daripada pelajar-pelajar yang memiliki intelektual tinggi.

Bagaimanapun, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan kepada Nurul Nazira untuk menggantikan kerugian yang dihadapinya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel