Connect with us

Pilihan Editor

Lobi Dewan Rakyat kecoh selepas dua ahi Parlimen BN bertengkar

Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen tiba-tiba bertengkar sambil saling berteriak beberapa minit sebelum sidang berhenti rehat.

Pergaduhan itu adalah di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan  Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Loading…

Kedua-dua mereka meninggikan suara sehingga ke satu peringkat Ismail mengatakan Tajuddin sebagai ‘orang tua yang bodoh’.

Ismail semasa pergaduhan menyebut tentang sekeping gambar yang tersebar ditularkan Tajuddin.

“Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya sakit dijadikan isu kata saya buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain, mana boleh tak betul,” kata Ismail yang ditenangkan oleh pengawal keselamatan dan ahli parlimen yang lain.

Advertisement

Namun beliau tidak menunjukkan gambar yang dimaksudkan.

Ismail turut mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak dengan berkata: “Kalau berani datanglah sini. Kita turun bawah.”

Selepas itu pengawal yang berada di lobi menenangkan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut dan Tajuddin menuju ke pejabatnya sambil berkata: “Tidak ada kena mengena dengan anak kamulah.”

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh Datuk Sri Annuar Musa keluar dari Dewan Rakyat menenangkan Ismail dan mengajaknya berjumpa Tajuddin di pejabatnya. – MalaysiaGazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel