Connect with us

Mahkamah

Perakam suara tersembunyi ketika mesyuarat sulit bincang audit 1MDB mengejutkan!

Seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah, apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016.

Nor Salwani Muhammad memberitahu mahkamah beliau meletakkan perakam suara itu dalam kotak pensil bosnya, Saadatul Nafisah, kerana dia (Salwani) tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Loading…

Salwani berkata lagi ini dilakukan tanpa pengetahuan bosnya iaitu Saadatul.

Memetik laporan Malaysiakini, Salwani berkata beliau berbuat demikian kerana perlu mengambil minit mesyuarat itu kerana ia melibatkan perbincangan mengenai laporan audit 1MDB yang disediakan oleh pasukannya.

Advertisement

Salwani adalah penyelaras pasukan khas Jabatan Audit Negara yang ditugaskan untuk menjalankan audit ke atas dana kekayaan berdaulat 1MDB pada tahun 2015 dan beliau berkhidmat di bawah Saadatul yang merupakan ketua pasukan.

Untuk makluman, ini adalah rakaman suara mesyuarat pada 24 Feb 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa.

Terdahulu, rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam.

Turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu ialah Ketua Audit Negara pada ketika itu, Ambrin Buang; Saadatul Nafisah; itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Najib, Shukry Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, dan pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel