Connect with us

Pilihan Editor

‘Saya akan berundur dua, tiga tahun lagi’ – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi komitmen untuk berundur daripada pentadbiran negara dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, Perdana Menteri bagaimanapun tidak menetapkan tarikh spesifik peralihan kuasa itu.

Loading…

“Saya tidak boleh katakan sama ada dua atau tiga tahun, namun saya akan berundur seperti dijanjikan,” katanya yang berada di Bangkok sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, berakhir hari ini.

Pelbagai pihak meramalkan tempoh peralihan kuasa akan berlaku selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), tahun depan.

Advertisement

Ditanya sama ada jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan calon lain termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya akan berbuat demikian.

“Walaupun ramai yang meminta saya kekal (menjadi Perdana Menteri) sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang, itu cuma pandangan mereka.

“Apa yang pasti, komitmen saya adalah untuk berundur sebelum PRU akan datang,” katanya.

Mohamed Azmin adalah antara pemimpin yang secara terbuka berpandangan Dr Mahathir wajar menghabiskan penggal sebagai Perdana Menteri.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan pihak yang ghairah mahu berkuasa dengan mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal dari lima tahun, tidak lebih daripada cuba menggunakan ‘pintu belakang’ dan bertentangan mandat diberi rakyat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel