Connect with us

Mahkamah

‘Saya MC sehari sahaja, penyokong PH sakit hati pula hingga lapor polis’ – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin telah memuat naik sekeping gambar surat cuti sakitnya di Facebook miliknya bersama tulisan, “Untuk menghentikan spekulasi, saya muat naik MC (surat cuti sakit) saya.

Loading…

“Cuti sakit saya untuk satu hari sahaja iaitu untuk 31 Oktober 2019 (Khamis). Saya ke Tanjung Piai pada hari Jumaat (1 November). Bukan MC dua hari seperti yang dilaporkan kepada polis oleh penyokong PH untuk suruh polis siasat kenapa saya tidak berehat di rumah pada hari Jumaat.

“Dah puas hati belum? Perbicaraan kes SRC sudah berlangsung 78 hari dan kes 1MDB dah 28 hari – iaitu sekurang-kurangnya 106 hari. Saya ambil cuti sakit kerana mata sakit sebanyak 3 hari dalam tempoh 106 hari ini, penyokong PH sakit hati pula sehingga membuat laporan polis.” Luah Najib lagi.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO itu memuat naik hantaran tersebut selepas penyokong PH menjadikan mata bengkaknya sebagai satu isu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Advertisement

“Pada pukul 2.30 petang, peguam saya memberitahu bahawa saya tidak dapat hadir untuk petang itu dan hakim memutuskan prosiding akan sambung pada hari Isnin kerana kebiasaannya prosiding untuk kes saya memang tak dijalankan pada setiap hari Jumaat.

“Oleh kerana mata saya memulih sedikit, saya pun melawat ke Tanjung Piai pada hari Jumaat tetapi penyokong-penyokong PH tak puas hati dan mereka membuat laporan polis kenapa saya tak berehat di rumah pada hari Jumaat (walaupun MC saya adalah untuk hari Khamis sahaja).

“Saya nak maklumkan kepada penyokong-penyokong PH bahawa mata saya sakit, bukan buta dan saya masih mampu melihat. Takkan isu terbesar untuk PRK Tanjung Piai ialah jika mata saya sakit atau tidak?

“Apa yang perlu ditakut jika saya melawat ke Tanjung Piai sehingga laporan perlu dibuat untuk polis menyiasat kenapa saya tak berehat di rumah?” Soal Najib lagi.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat ke atas Najib oleh Setiausaha Agung NGO Pertubuhan Generasi Milenium, Mohd Faizal Karim yang mendakwa walaupun bekas perdana menteri cuti sakit daripada perbicaraannya di mahkamah tinggi pada Khamis lalu, namun beliau hadir ke Pontian sejak semalam (1 November).

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel