Connect with us

Kemalangan

Tiga bersaudara lemas di Desaru

Tiga wanita termasuk dua dipercayai adik-beradik ditemui lemas di Pantai Batu Layar, Desaru, di Kota Tinggi, 5.30 petang hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, dari FELDA Chiku, Gua Musang; Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 25, dari Kampung Kedai Telosan, Pasir Puteh dan Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 23, beralamat terakhir di rumah kakitangan FELDA Chiku.

Loading…

Mereka ditemui lemas oleh orang awam.

Difahamkan, mereka dari Kelantan dan datang ke Kota Tinggi untuk bertemu saudara mereka sebelum berkelah di pantai berkenaan.

Advertisement

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang sebelum sepasukan lapan anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel