Connect with us

Terkini

Ustaz Azhar Idrus patah tangan, hidung akibat kemalangan

Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang juga penceramah bebas terkenal patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu petang hari ini.

Difahamkan, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Loading…

Kejadian dipercayai berlaku pada 6.30 petang apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting.

Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad berkata, UAI kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan segera.

Advertisement

“Kami bersyukur kerana ketika kejadian peserta yang mengikuti kayuhan santai itu masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan.

“UAI masih dirawat di Unit Kecemasan dan sedang diperiksa pakar. UAI mungkin akan menjalani pembedahan segera malam ini.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pakar dan doktor yang merawatnya,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, orang ramai terutama penggemar ceramah atau peminat UAI tidak perlu berasa bimbang atau membuat sebarang spekulasi.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, jika sayangkan UAI, doakan keselamatan dan semuanya dipermudahkan buat UAI.

“Kita semua berharap tiada apa-apa yang tidak elok menimpa UAI,” katanya.

Advertisement

Difahamkan, kayuhan santai itu bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pusara dan ke sekitar bandar raya itu sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.

Berikutan itu juga, UAI yang dijadualkan menyampaikan kuliah di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot malam ini terpaksa membatalkannya.

Dalam perkembangan lain, akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ada memaklumkan bahawa semua kuliah yang sepatutnya disampaikan UAI terpaksa ditangguh seketika sehingga diberitahu kelak kerana UAI memerlukan rehat akibat terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel