Connect with us

Kemalangan

[VIDEO] Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan di dua lokasi berbeza

Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terserlah apabila baginda sanggup turun dari kenderaannya bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan di dua lokasi berbeza, hari ini.

Dua kemalangan itu dilaporkan berlaku di kawasan Cyberjaya dan susur masuk Plaza Tol MEX Putrajaya.

Loading…

Berdasarkan perkongsian di laman Instagram Istana Negara, Al Sultan Abdullah sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Berita Harian.

Menerusi dua video yang dikongsi dalam Instagram itu, kedua-dua kemalangan berlaku di laluan bertentangan berbanding laluan yang dilalui Al Sultan Abdullah, namun ia tidak menghalang Baginda untuk bertanyakan keadaan mangsa.

Advertisement

Menerusi video pertama yang dikongsi, Baginda turun dari kenderaan untuk bertanyakan mangsa kemalangan di Cyberjaya membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios, dipercayai terbabas akibat jalan licin.

Baginda dilihat melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan bagi bertanya khabar mangsa kemalangan, sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringnya.

Menerusi rakaman video kedua, Baginda turun dari kenderaan untuk bertanya keadaan mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol MEX, membabitkan sebuah kereta Honda City, dipercayai turut terbabas akibat jalan licin.

Mangsa kemalangan kedua juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk meminta kebenaran bergambar bersama baginda sambil menyatakan bukan mudah untuk bertemu dengan Al-Sultan Abdullah.

Menerusi laman sosial itu, Baginda mengingatkan semua pemandu supaya berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelak kemalangan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel