Categories: Terkini

Khabib ubah gudang arak jadi akademi MMA

Kemasyhuran dan kekayaan membolehkan seseorang memiliki apa sahaja yang diingini seperti kereta Ferarri, kapal layar dan rumah mewah.

Loading…

Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak mengaburi mata bintang seni bela campuran (MMA) dari Dagestan, Khabib Nurmagomedov apabila dia memilih menjalani kehidupan sederhana di sebalik bayaran jutaan ringgit yang diterima setiap kali beraksi di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC).

Tahun lalu, Khabib terbang ke kawasan pedalaman Nigeria untuk membina perigi air bagi memudahkan penduduk tempatan di sana mendapat akses kepada air bersih.

Terbaru, juara dunia kategori Lightweight itu membeli sebuah gudang yang pernah dijadikan stor simpanan arak di ibu negeri Dagestan, Makhachkala untuk diubah menjadi akademi MMA.

Advertisement

Akademi MMA tersebut masih dalam fasa pengubahsuaian dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik solat, ruang latihan, sauna, bilik belajar dan pejabat serta asrama bagi pelatih.

Bapa Khabib, Abdulmanap berkata, akademi tersebut mampu menempatkan sehingga 60 pelatih pada satu-satu masa dan berharap kemudahan itu menjadi penanda aras kepada gim di bandar-bandar besar seluruh Rusia.

“Kami menerima pelatih seawal usia 6 tahun dan kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bawa anak mereka ke sini.

“Ini bukan gim biasa, ia juga sekolah. Kami akan melatih anak-anak mereka menjadi lelaki yang mampu mempertahankan negara pada masa depan,” katanya.

Abdulmanap yang juga jurulatih Khabib berkata, dia akan menjadi tenaga pengajar di akademi tersebut selama tiga tahun sebelum bertindak sebagai penasihat.

Advertisement

Dikenali sebagai ‘Bapa MMA Dagestan’, Abdulmanap melahirkan puluhan atlet MMA yang beraksi di pelbagai organisasi seperti UFC, Bellator dan Professional Fighters League (PFL).

Anaknya Khabib, muncul atlet MMA Muslim dan Rusia pertama meraih gelaran juara Lightweight UFC selepas menumpaskan Al Iaquinta di UFC 223 pada April 2018.

Khabib mempertahankan kejuaraan miliknya apabila menumpaskan Conor McGregor di UFC 229 pada Oktober 2018 sebelum menggagalkan usaha Dustin Poirier untuk merampas gelarannya di UFC 242 yang diadakan di Abu Dhabi pada September lalu. – Agensi

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago