Categories: Kemalangan

Ujian paling berat, Ustaz Hisyam kehilangan isteri dan anak dalam kemalangan maut

Berderau rasa darah ini apabila mendengar berita mengenai kemalangan maut, namun tiada sesiapa yang dapat menidakkan takdir Allah.

Hari ini menjadi hari yang paling tragis buat seorang ayah dan juga suami apabila kehilangan isteri serta anak dalam sekelip mata buat selama-lamanya.

Loading…

Isteri dan anak kedua maut

Muhamad Hisyam Zakaria, 35, atau Ustaz Hisyam merupakan Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Mahkamah Syariah Putrajaya, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, pagi tadi.

Kereta itu dinaiki bersama isterinya seorang guru, bernama Ummu Maisarah Kamaludin, 33 serta tiga orang anak perempuan mereka Syifa’ ,9; Syaima’, 5 dan Syurafa’ berusia dua tahun.

Advertisement

Difahamkan, Ummu Maisarah yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak mereka, Syaima’ yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Anak dan ibu dikebumi dalam satu liang lahad

Menerusi adik kepada Ustaz Hisyam, kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang dalam satu liang lahad.

Siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan.

Volkswagen Passat di belakang lori itu juga memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana yang dinaiki Ustaz Hisyam sekeluarga gagal mengelak dan melanggar belakang Honda Civic.

Perlanggaran itu menyebabkan Honda Civic berganjak ke hadapan dan melanggar belakang Volkswagen Passat yang juga berganjak melanggar lori.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago