Connect with us

Terkini

Dewan Perwakilan AS undi pecat Trump

WASHINGTON – Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah dipecat Dewan Perwakilan, sekali gus menetapkan perbicaraan di Senat yang akan menentukan sama ada beliau akan kekal di Rumah Putih atau tidak.


Loading…

Dewan Perwakilan semalam mengundi terhadap dua pertuduhan yang mendakwa Trump menyalahgunakan kuasa dan menghalang siasatan Kongres.

Undi terhadap Artikel pertama, penyalahgunaan kuasa diluluskan dengan 230-197 manakala dakwaan kedua melibatkan menghalang siasatan Kongres memperoleh 229-198 undi.

Ketika proses undian itu dibuat, Trump dilaporkan sedang berucap dalam kempen pilihan raya di Better Creek, Michigan.

Sementara itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan memaklumkan Trump yakin beliau akan dilucutkan jawatan dalam perbicaraan Senat.

Advertisement

Sebelum ini, hanya dua bekas Presiden AS, Andrew Johnson dan Bill Clinton pernah berdepan perbicaraan Senat. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel