Connect with us

Terkini

Dr M jawab India: ‘Pendapat saya adalah pendapat saya’

Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikannya semalam terhadap undang-undang kewarganegaraan baru bawah pentadbiran Perdana Menteri India, Narendra Modi selepas dikritik New Delhi.

“Pendapat saya adalah pendapat saya, jika nak diterima atau tidak, terpulang,” katanya pada sidang media penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur hari ini.

Loading…

Semalam, Kementerian Luar Negeri India membidas kritikan Mahathir terhadap undang-undang yang didakwa mendiskriminasikan orang Islam dan mencetuskan tunjuk perasaan di serata negara itu.

Katanya, komen Mahathir itu tidak tepat dan menggesa Malaysia tidak mengulas perkembangan dalaman di India “tanpa memahami fakta-faktanya dengan betul”, lapor Free Malaysia Today lagi

Advertisement

Pentadbiran Narendra Modi berkata Akta Pindaan Kewarganegaraan itu untuk membantu minoriti bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan yang datang ke India sebelum 2015 dengan memberikan mereka kerakyatan.

Penunjuk perasaan berkata pengecualian terhadap orang Islam itu menunjukkan berat sebelah terhadap komuniti itu, yang membentuk 14% daripada penduduk India, dan undang-undang baru itu langkah terbaru kerajaan nasionalis Hindu meminggirkan mereka.

Mahathir kecewa kerajaan India yang mengaku negara sekular “sekarang mengambil tindakan-tindakan untuk menafikan kerakyatan bagi orang-orang Islam.”

Sementara itu, Mahathir berkata beliau dan wakil-wakil kerajaaan lain di Sidang Kemuncak KL sedih Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak dapat menyertai persidangan itu.

“Kami sangat gembira jika Imran Khan bersama kami tetapi untuk beberapa alasan sendiri beliau tidak dapat hadir,” katanya.

Advertisement

Mahathir berkata beliau, Imran dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berbincang di tepian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bekerjasama.

“Malangnya beliau tidak berada di sini kali ini tetapi kemudian hari mungkin boleh datang,” katanya.

Penampilan Imran yang dinanti-nantikan dibatalkan pada saat-saat akhir, langkah yang dilihat sebagai akibat daripada tekanan Arab Saudi, salah satu penyumbang bantuan terbesar kepada ekonomi Pakistan yang bermasalah.

Perdana menteri dikatakan menghadapi tekanan Arab Saudi kerana menganjurkan persidangan yang juga disertai Qatar dan Iran, musuh ketat Riyadh di Asia Barat.

Sebelum sidang bermula, tekanan Arab Saudi – yang memiliki pengaruh yang kuat ke atas kerajaan-kerajaan Islam termasuk menerusi bantuan-bantuan lumayan serta kawalan ke atas Mekah dan Madinah yang membolehkan ia menentukan kuota haji tahunan – memaksa puluhan pemimpin negara Islam menjauhkan diri.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel