Connect with us

Sukan

Ozil mula biayai pembedahan ‘ubah hidup’ 1,000 kanak-kanak seluruh dunia

Bagi menunaikan komitmen yang dibuat sempena perkahwinannya tahun ini, pemain bola sepak Mesut Ozil akan menanggung kos pembedahan kira-kira 1,000 kanak-kanak di seluruh dunia.

Menerusi akaun instagramnya, bintang pasukan Arsenal itu memaklumkan setakat ini 219 pembedahan telah dibiayainya, lapor Malaysiakini.

Loading…

“Tetapi lebih banyak yang akan menyusul.

“Seperti yang diumumkan saya dan isteri sebelum perkahwinan kami pada Jun 2019, kami akan membiayai kos 1,000 lagi pembedahan kanak-kanak memerlukan di seluruh dunia, yang mampu mengubah hidup mereka,” katanya di Instagram.

Advertisement

Dalam hantaran itu, dia turut menyatakan penghargaan kepada Big Shoe, jaringan yang menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak miskin termasuk pembedahan untuk merawat penyakit mereka, serta setiap tetamu majlis perkahwinannya dan semua pihak yang menyumbang dana untuk usahanya itu.

“Ini hanya permulaan. Pada 2020, kita bersama-sama membantu kanak-kanak lain yang memerlukan,” kata pemenang Piala Dunia 2014 itu lagi.

Menurut laman Give Me Sport, Ozil memang telah lama menjalinkan kerjasama dengan Big Shoe, dan ketika dua kejohanan Piala Dunia sebelum ini, iaitu di Brazil dan Russia, dia turut membiayai pembedahan kanak-kanak di negara itu.

Di saat dirinya menempuhi musim sukar di Arsenal , Ozil baru-baru ini mengundang perhatian di luar dunia bola sepak apabila bersuara berkenaan penindasan etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, China.

Ekoran itu, karakternya dalam permainan video Pro Evolution Soccer (PES) 2020 versi China dipadam dan stesen televisyen milik kerajaan negara itu, CCTV membatalkan tayangan perlawanan antara Arsenal dan Manchester City pada 16 Disember lalu.

Advertisement

Baca: Selepas Ozil, bintang ragbi Sonny Bill Williams pula tampil pertahan etnik Uighur

Baca: Khabib tampil bersuara, berdoa agar Muslim Uighur terus diberi kekuatan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel