Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah telah memulakan langkahnya untuk memperkasakan tulisan jawi.
Menerusi ciapan di Twitter rasmi, baginda bertitah akan mula menggunakan tulisan jawi dalam setiap hantaran di laman Twitter baginda.
“Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita” titah Tuanku Azizah.
Langkah baginda nampaknya menerima sokongan padu rakyat yang rata-rata memuji tindakkan baginda menulis dalam jawi demi memperkasakan tulisan jawi yang merupakan warisan negara.

Baca: Isu Jawi: Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter
Baca: Isu Jawi: ‘Ini je kan’ – Permaisuri Agong rujuk tiga muka surat Jawi
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga dilhat membalas ciapan Tuanku Azizah dalam tulisan jawi.
Isu tulisan jawi kini hangat diperkatakan selepas Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah pengenalan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan.
Pertubuhan itu kemudiannya menyatakan akan mengadakan persidangan berkaitan tulisan jawi pada 28 Disember walaupun dinasihatkan untuk dibatalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun persidangan itu akhirnya dibatalkan atas perintah mahkamah. – Malaysian Update
Baca: Polis dapat perintah mahkamah batal persidangan bantah Jawi Dong Zong