Connect with us

Jenayah

Bapa lima anak didakwa lakukan amang seksual budak di tandas surau

SUNGAI PETANI – Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu.

Tertuduh Mohd Nizam Yaakub, 31, berasal dari Kampung Haji Ngah, Bedong, membuat pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen 2 Sungai Petani sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Loading…

Mengikut kertas pertuduhan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius membabitkan kanak-kanak berumur 9 tahun dan dilakukan di tempat awam iaitu tandas surau.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa Nurul Husnah tidak membenarkan jaminan

Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah Hakim membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari ini.

Terdahulu tertuduh telah ditangkap pada 23 Disember lalu selepas dia datang ke Balai Polis Bidong untuk menyerah diri sebelum mengaku telah melakukan jenayah cabul ke atas kanak-kanak perempuan terbabit seperti yang viral di media sosial.

Sebelum ini polis telah melakukan dua serbuan di rumah suspek di Kampung Haji Ngah, Bedong bagaimanapun suspek tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak tersebar video viral perlakuannya itu. 

Advertisement

Polis juga merampas sehelai baju warna biru gelap bertulis “KELUARGA” dipercayai dipakai semasa kejadian seperti dalam video. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). 

Video perlakuan keji suspek berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani pada 13 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan surau berkenaan. 

Suspek dilihat bertindak memanggil mangsa ke tandas surau sebelum memeluk dan memegang kemaluan mangsa. 

Susulan itu, mangsa bertindak memaklumkan kejadian kepada bapanya dan bapa mangsa telah meminta bantuan pihak surau untuk memeriksa CCTV di surau terbabit.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel