Connect with us

Terkini

‘Dengan nama Allah, Fatin Nurul Ain abang ceraikan sayang dengan talak satu…’

Juara Da’i musim kedua, Da’i Farhan sah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp pada tengahari semalam.

“Yang cerai itu betul… ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” katanya menerusi laporan mStar Online.

Loading…

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu menafikan dia melakukan kekerasan seperti mengurung dan memukul wanita tersebut seperti yang didakwa seorang peguam sebelum ini.

“Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang (tuduhan) lain fitnah,” ujarnya.

Advertisement

Difahamkan, rakaman suara lafaz cerai yang dipercayai milik pendakwah berusia 29 tahun itu turut tersebar di laman media sosial yang berbunyi:

Lafaz cerai itu antaranya berbunyi: “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

Terdahulu, peguam yang dikenali sebagai Asiah membuat pendedahan di Facebook dengan mendakwa bahawa Da’i Farhan menceraikan isteri pertamanya yang kini sarat hamil.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel