Connect with us

Terkini

Digelar pengkhianat: ‘Cis bedebah kamu! Kamu belum kenal Azmin Ali!’

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik pedas perjalanan Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.

Dalam ucapannya di majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Azmin dengan nada tegas menempelak tindakan sesetengah individu dan pemimpin yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat.

Loading…

“Yang mengelar pengkhianat tidak ada pun dalam dewan ini, yang menghalang saya Zuraida, Tian Chua, Sivarasa dan ramai lagi baru kenal keadilan dua hari lalu.

“Apa yang berlaku dalam PKR, saya tidak mahu claim sebarang kredit sebab parti ini dibina saudara saudari dan setelah 20 tahun kita berjuang dan dipenjarakan. Tiba-tiba inilah (yang digelar) pengkhianat parti. Cis bedebah kamu! Kamu belum kenal Azmin Ali!

Advertisement

“Ya, aku tenang tapi tenang-tenang aku parti ini tidak akan kuat, parti ini tidak akan utuh, parti ini tidak akan berjaya tanpa saudara saudari yang berada pada petang ini. Parti ini bukan dibina satu orang, bukan dibina satu keluarga, parti ini dibina rakyat Malaysia,” kata Azmin dengan nada tegas dan disambut riuh oleh penyokongnya, lapor Astro Awani.

Jelasnya, PKR melahirkan pejuang parti bukan pemimpin yang mengampu pemimpin sehingga membelakangkan perjuangan dan idealisme parti.

“Saya amat terkesan begitu ramai rakyat Malaysia, atas nama keadilan (telah) dipenjarakan, dihina, diaibkan. Kita bina parti ini bukan untuk mengampu. Kita bina parti ini untuk melahirkan sebuah negara Malaysia baharu. Kita melakukan reformasi, kita mahu lahirkan pemimpin dan bukan pengampu,” kata Azmin membidas tindakan sesetengah pihak dalam parti itu.

Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden Zuraida Kamaruddin, Naib Presiden Ali Biju, Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Timbalan Ketua Pemuda (AMK) Hilman Idham dan Ketua Wanita Keadilan Malaysia Haniza Talha.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel