Connect with us

Terkini

Dua lelaki ditahan insiden gaduh di Kongres AMK

Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Loading…

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata mereka yang ditahan masing-masing berusia 30 tahun dari Klang, Selangor dan 29 tahun dari Kuala Lumpur, manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Dua cedera dalam kejadian itu iaitu seorang luka berdarah di dahi kanan; manakala seorang lagi luka di bibir bahagian mulut bawah, bahagian kepala sebelah kanan dan bahagian belakang kepala,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp di Melaka, malam ini.

Beliau berkata sebanyak tiga laporan polis diterima sehingga pukul 8.00 malam ini dan satu daripada laporan itu adalah dari bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor.

Advertisement

Permulaan kongres tahunan AMK hari ini dicemari dengan insiden kecil kekecohan ekoran sekumpulan anggota AMK tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan kerana telah penuh.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel