Connect with us

Pilihan Editor

PM setuju tangguh pekeliling JPA mansuh elaun kritikal – Syed Saddiq

Perdana Menteri dikatakan telah Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menangguhkan dahulu pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada penjawat awam.

Loading…

Menerusi ciapan dia Twitternya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perbincangan telah dibuat dan PM bersetuju dengan perkara tersebut.

“Saya baru berbincang dengan Dr Mahathir dalam isu elaun kritikal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah, beliau telah bersetuju menangguhkan pekeliling JPA yang baru, berkenaan elaun kritikal.

“Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama pada Januari akan datang,” ciapnya di Twitter.

Advertisement

“Suara anak muda adalah suara keramat. Mereka merupakan pewaris negara bangsa kita bersama. Saya akan pastikan suara doktor, jururawat muda dalam sektor kerajaan tidak akan diabaikan dan tidak akan dianaktirikan. Insya-ALLAH, kita akan usahakan yang terbaik,” katanya lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel