Connect with us

Terkini

Polis dapat perintah mahkamah batal persidangan bantah Jawi Dong Zong

Mahkamah Kajang memerintahkan agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era, Kajang, Sabtu ini.

Loading…

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya telah memohon dan mendapat perintah mahkamah pada pukul 3 petang, Jumaat, lapor Astro Awani.

“Perintah ini telah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada pukul 5 petang, hari yang sama.

“Justeru pihak polis menyeru semua pihak terlibat dan orang ramai untuk tidak hadir ke persidangan tersebut atau mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan dan Pertubuhan untuk protes persidangan berkenaan.

Advertisement

“Terdapat banyak laporan polis dibuat seluruh negara berhubung persidangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Baru-baru ini, Dong Jiao Zong dilapor menggesa pertubuhan Cina lain di negara ini mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan yang dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang, kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Isu pembelajaran Jawi mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman serta campur tangan parti politik berteraskan kaum Cina seperti MCA atau dengan keahlian majoriti dari kaum berkenaan seperti Gerakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan awam pihak polis telah memohon perintah ini atas dasar mengelakkan gangguan dan mencetus kegusaran orang ramai daerah Kajang.

“Pihak polis menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat individu atau pihak enggan mematuhinya,” jelas beliau.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel