‘Ronaldo pun pakai jersi tulisan Jawi. Kat Malaysia…’

0
385

Beberapa bulan lalu, terdapat beberapa pihak menolak dan membantah cadangan pengenalan pembelajaran tulisan jawi dan khat yang bermula tahun depan di sekolah jenis kebangsaan.


Loading…

Perkara tersebut dibanding dengan tindakan Cristiano Ronaldo apabila kelihatan bintang Juventus itu mengenakan jersi serta nama yang ditulis dalam kaligrafi tulisan jawi.

Seorang pengguna Facebook berkongsi sebuah posting dengan memuat naik beberapa gambar pemain berusia 34 tahun itu ketika perlawanan Piala Super Itali 2019 di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

“Cristiano Ronaldo pun pakai jersi tulisan Jawi. Kat Tanah Melayu, ada orang yang hina benci Jawi,” tulisnya menerusi posting semalam.

Gambar yang dimuat naik itu tidak disunting, sebaliknya boleh dilihat menerusi rakaman ‘footage’ di Youtube dan posting oleh kelab peminat Ronaldo sendiri di Twitter.

Posting berkenaan tular di Facebook dengan meraih 2,700 perkongsian dan pelbagai reaksi netizen yang memberikan pendapat masing-masing.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...