Connect with us

Pilihan Editor

‘Saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.’ – Permaisuri Agong

Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini tampil sekali lagi mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam.

Ini selepas Tuanku Azizah “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter.

Loading…

Salah seorang pengikutnya yang menggunakan nama Adly Arief membalas ciapan Tuanku Azizah.

“Kenyataan ini boleh timbulkan pertikaian kaum, tuanku.

Advertisement

“Tak bolehkah kita setuju alpabet Latin atau Roman sekadar identiti budaya dan tidak ok untuk paksa kepada orang lain?” tulis Adly.

Balasan Adly itu dipercayai merujuk kenyataan Tuanku Azizah yang menyebut soal kerugian jika orang Melayu, Cina dan India di negara ini tidak memahami tulisan masing-masing.

Namun Tuanku Azizah tetap mempertahankan kenyataannya dengan berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam.

“Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.

“Begitu juga seseorang itu tak perlu jadi Melayu untuk jadi Muslim. Ada juga orang Melayu tapi bukan Muslim. Dalam Islam kita tidak terikat dengan kaum tapi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah,” ciapnya lagi.

Advertisement

Baca: Isu Jawi: Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel