Connect with us

Terkini

Tak rela jadi ‘kuda tunggangan’, Apandi letak jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta.

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Loading…

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan berkuat kuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya lagi, lapor Astro Awani.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan, Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli UMNO.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, beliau amat kecewa kerana sesi itu telah dibatalkan atas arahan pucuk pimpinan parti.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah perlembagaan parti.

“Memang prosiding show cause akan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yg lain.Yang saya amat kecewa ialah, ia di batalkan atas arah pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Lembaga Disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa arahan pimpinan parti.

Advertisement

“Tindakan membatalkan prosiding itu adalah tidak berpelembagaan. Ia tidak sah di sisi undang-undang. Sebagai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, ia adalah tanggungjawab saya untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang,” tegas beliau lagi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel